Search This Blog

Friday, February 15, 2013

AYAM MASAK LEMAK CILI API,SAMBAL BELACAN,TUMIS PERIA


AYAM MASAK LEMAK CILI API,SAMBAL BELACAN,TUMIS PERIA


AYAM MASAK LEMAK CILI API..(versi drp mak dikg)

AYAM SEBELAH DI POTONG2 & DICUCI BERSIH
1 ULAS BAWANG MERAH (BESAR)..DIBELAH EMPAT
5@6 BIJI CILI API (KALO NAK TARUH LEBIH CILI PUN BOLEH,IKUT SELERA MEMASING NAK PEDAS ATAU KURANG PEDAS)
2 BIJI UBI KENTANG DI KUPAS KULIT & DIBELAH EMPAT
2 KEPING ASAM KEPING
GARAM,SECUKUP RASA
SANTAN(SAYA GUNA SANTAN KOTAK)
SEHELAI DAUN KUNYIT
2SDB KERISIK
3 CAWAN AIR
SEDIKIT SERBUK KUNYIT UTK BAGI WANE PADA KUAH

CARA2NYA:
TUMBUK CILI API HINGGA LUMAT,KEDIAN MASUKKAN BAWANG MERAH DAN TUMBUK SEPARUH LUMAT
KEDIAN MASUKKAN BAHAN TUMBUK DALAM PERIUK BERSAMA SANTAN,AIR,SERBUK KUNYIT.DIDIHKAN
SELEPAS ITU MASUKAN UBI KENTANG DAN DAUN KUNYIT
AGAK2 KUAH DAH MENDIDIH CKIT,MASUKKAN AYAM,ASAM KEPING
KACAU2 ADUNAN,MASUKKAN GARAM,PERASAKAN SECKUP RASA
BILA DAH MENIDIDIH DAN UBI KENTANG EMPUK PADAMKN API
MASAK ATAS API YANG SEDERHANA BESAR DAN KENA KACAU2 SELALU ADUNAN SUPAYA SANTAN TAK MUDAH PECAH NANTI

SAMBAL BELACAN:

6BIJI CILI PADI
SETGH INCI BELACAN
IKAN BILIS
ASAM LIMAU
GULA

CARANYA:
TUMBUK CILI,BELACAN HINGGA LUMAT
KEMUDIAN MASUKKAN IKAN BILIS DAN TUMBUK LAGI SEPARUH LUMAT
AMBIK ASAM LIMAU KASTURI,PERAH AIR NYA CAMPUR KE DALAM SAMBAL DAN CAMPUR DENGAN SEDKIT GULA,GAUL2
KEDIAN BOLEH DI NIKMATI

TUMIS PERIA:
1 ULAS BAWANG MERAH (BESAR),DI HIRIS2
SAYUR PERIA DIBELAH DAN DICUCI
1SDB CILI KISAR
GARAM,GULA SECKUPNYA

CARANYA:
TUMIS BAWANG MERAH HINGGA KEKUNINGAN
KEMUDIAN MASUKKAN CILI KISAR TUMIS HINGGA NAIK MINYAK
MASUKKAN SAYUR PERIA,GARAM,GULA SEDIKIT
PERASAKAN..GAUL2 RATA TUTUP API..SIAP

KALO NK HILANGKAN RASA PAHIT PERIA,SEBELUM MEMASAK PERIA,POTONG2 PERIA DAN RENDAM DENGAN AIR GARAM DALAM SEJAM.

Puding Kastad Jagung


PUDING KASTAD JAGUNG

BAHAN2NYA:

1 1/2 cawan tepung kastard
5 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1tin kecil jagung

Campurkan tepung kastard dan air,gaul sebati
Kemudian masukkan semua bahan2 lain dan kacau2 atas api yg kecil,hingga likat dan berkilat
Kemudian masukkan dalam acuan loyang
Sejukkan baru boleh dipotong2..

Rainbow Fruit Puding


RAINBOW FRUIT PUDING

BAHAN2NYA:
60grm agar
4cwn air
6keping roti dicarik
125mlm susu pekat(saya bubuh 120ml ajer)
310ml susu cair
2biji telo ayam
240grm gula(saya bubuh 200grm ajer)
Beberapa jenis wane dan rasa
MERAH -STAWBERRY
HIJAU -KELAPA
KUNING -DURIAN
PURPLE -ANGGUR
PUTIH -LAICI
BIRU -PISANG

Masak agar hingga hancur dan masukkan gula
Kisar roti bersama susu pekat,susu cair dan telo
Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam adunan agar2 tadi
Bahagiakan adunan kpd 6 bahagian dan buh wane,perisa,kacau2 hingga sebati wane nya
Tuang selapis demis selapis(selesao adunan agak mengeras baru tuag lapisan seterusnya)
Sejuk kn dalam peti sejuk dan boleh dipotong2 dan dinikmati..

P/S:BASAHKAN LOYANG SEBELUM MENUANGKAN ADUNAN SUPAYA ADUNAN SENANG DIKELUARKAN DRP LOYANG NNTI..



Puding Oreo


PUDING OREO

BAHAN2 NYA:
10grm agar2..(direndam terlebih dahulu)
2 cwn susu pekat..(kalo nk taruh lebih pun boleh,tp ikut sukatan nie dh ok,x manis sangat,manis2 buah sahaja
Biskut oreo 8keping..(dikisar halus bersama2 inti dlmnya)
4 cawan air

Blender biskut oreo dan ketepikan dahulu
Masakkan agar2 hingga larut
Kemudian masukkan susu pekat kacau2 hingga mendidih,tutup api
Ambik adunan agar2 dalam dua senduk dan bubuh dalam biskut oreo yg dikisar tadi
Kacau2 hingga sebati
Masukkan adunan oreo dahulu dalam acuan kesukaan anda
Lepas itu masukkan adunan susu tadi
Tunggu puding sejuk diingin dalam peti sejuk baru sedap dimakan.

Japanese Cheese Cake


JAPANESE CHEESE CAKE

BAHAN2 NYA
7 keping cheese
200ml susu cair
4bj telo
75grm tepung naik sendiri
75grm butter
100grm gula halus
1/2 sdt cream of tartar

Koyak2 cheese campur dengan susu masak dengan api perlahan kacau2
Masukkan butter dah cair tutup api dan sejukkan
Asing putih telo dalam bekas lain
Pukul putih telo bersama gula,cream of tatar sehingga kembang
Kedian pukul kuning telo dlm bekas lain sehingga kembang dan masukkan adunan cheese tapiskan terlebih dahulu
Masukkan tepung sedikit2,kacau perlahan sehingga sebati
Lapikkan loyang dan sapukan dengan sedikit butter
Letakkan loyang dalam bekas berisi air panas
Panaskan oven terlebih dahulu dalam suhu 170c
Bakar kek selama 1jam 30minit ikut kepanasan oven memasing

Kek Span Coklat


KEK SPAN COKLAT 

BAHAN2 NYA:
5 biji telur ayam(saya guna telur gred A)
125grm gula kastor
1sdk esen vanilla
2sdk ovellete
100grm tepung gandum
20grm serbuk coco
1sdk baking powder
40ml air masak
70grm mentega dicairkan dan disejukkn seketika

Panaskan oven pada suhu 170c
Campurkan ke semua bahan2 kecuali mentega
Putar hingga kembang,gebu naik 2 kali ganda adunannya,anggaran dalam 10minit terus memutar
Masukkan mentega cair dan kaup balik hingga rata
Tuangkan ke dalam loyang 8inci yang telah disapu sedikit dengan mentega
Bakar pada suhu 170c selama 35minit


Cucur Maggi



CUCUR MAGGI

BAHAN2 NYA:

1 paket mee maggi kari
4 bj bawang merah ditumbuk(saya buat 2 bj ajer)
2 tangkai daun bawang(saya bubuh daun sup,sbb stok daun bawang x de di umh)
100grm daging cincang
3biji telo ayam
100grm tepung jagung
garam sedikit
minyak secukupnya utk menggoreng

Rebus mee maggi dan toskan
Masukkan ke dalam bekas bersama telo,daging kisar,daun sup dan bawang
Kedian masukkan tepung jagung dan perencah maggi,garam sedikit
Gaul sebati adunan
Panaskan minyak dan bentukkan adunan utk menggorengnya
Goreng hingga kekuningan
Sedap di mkn bersama sos cili atau sos thai.

Butter Cheese Cake



BUTTER CHEESE CAKE

BAHAN2NYA..

150grm butter
200grm cream cheese tatura
200grm gula halus
4 biji telo ayam gred A
250grm tepung gandum
50grm susu tepung
100ml susu cair
1skfc baking powder
1/2skfc soda bikarbonat
1skfc esen vanilla

Putar gula,butter,cheese sehinga kembang
Masukan telo satu persatu dan putar lagi
Masukkan tepung,susu tepung,baking powder,soda bikarbonat,esen vanilla dan putar
Masukkan susu cair dan putar sebati
Memang adunan likat
Masukkan dlm loyang yg telah disapu dengan marjerin 7 taburkan sedikit tepung gandium..supaya adunan bila dh masak senang kuar dan x melekat pada loyang
Bako pada suhu 150c selama 45minit
Biar sejuk dulu baru dikeluarkan drp loyang
Boleh bubuh filling blueberry,strrawberry atas kek tadi,kerna adunan kek nie tidak terlalu manis.

Kek Masam Manis


KEK MASAM MANIS HAWFLAKES

BAHAN2 NYA

2cwn tepung gandum
1setgh sudu teh soda bikarbonat
1 cwn marjerin
1 cwn gula pasir
5biji telo ayam gred A
1sdt esen vanilla
gula asam hawflakes yg dikisar

Pukul telo,gula hingga kembang
Masukan marjerin,esen vanilla dan pukul lagi
Masukan tepung,soda bikarbonat yg telah diayak terlebih dahulu ke dlm adunan dan gaul2 sebati ajer
Kedian masukkan serbuk asam hawflakes tadi dan kacau2 rata
Kedian gris loyang dengan marjerin
Tuang adunan ke dlm loyang
Tabur lebihana serbuk hawflakes tadi diiatas adunan kek
Kukus adunan selama 40minit dengan api yang sederhana sahaja.



Kek Lapis Oreo Cheese


KEK LAPIS OREO CHEESE

BAHAN2 NYA
1 cwn tepung gandum
1sdt baking powder
2 bj telo 1 cwn gula
1/2 cwn mentega marjerin
100 grm oreo kisar
esen vanilla
125grm susu cair(panaskan sekejap)
2sdb susu pekat
1/4 minyak masak

BAHAN CHEESE
250grm cheese tantura
1bj telo
60grm gula
50ml air

Cara buat kek:

Pukul telo dan mentega gula sampai kembang
Masukkan bahan2 kering,gaul rata ajer
Masukkan susu suam,susu pekat manis,minyak,pukul bagi rata
Pastu oleh gris loyang dengan ckit minyak,tuang adunan separuh adunan ke dlm loyang.Kukus selama 15minit
Kedian tuan lak adunan cheese tadi dibahagian no 2..kukus selama 15minit lagi
Last kukus adunan kek yg tinggal lagi separuh tadi..atas nya leh susun biskut2 oreo..kukus selama 25minit..dh siap padam api..

Cara2 buat Cheese:
Masukn semua bahan2,putar bagi sebati semuanya.

Ice Cream Whipping Cream


ICE CREAM WHIPPING CREAM 

BAHAN2 NYA

Whipping cream
1/2 cwn serbuk coco*
1/2 cwn susu pekat manis*
2sdb minyak masak*
2sdb susu cair*
biskut oreo di kisar
coco rice

Putar whipping cream hingga kental
Masukn bahan yg bertanda * dalam perikuk dan masak secara doubleboil hingga larut
Bubuh adunan coco masakan td dlm bekas
Kemuidian bubuh lak whipping cream tadi
Tabur biskut oreo yg sudah dikisar bersama coco rice
Kudian bubuh whipping lg
Last bubuh biskut oreo dan coco rice
Sejuk beku di dlm peti sejuk baru boleh dimkn.

Apam Jagung Coklat


APAM JAGUNG COKLAT

250grm tepung gandum
4bj telo ayam
200grm gula
100ml susu cair
150grm santan
1sdk ovellate
150grm jagung dalam tin

Blender susu,jagung hingga hancur..ketepikan dulu
Pukul telo,gula,ovellet hingga kembang
Masukkan tepung berselang seli ngan susu dan campuran jagung & santan
Masukkan adunan dalam papercup
Letak tgh2 nya inti..saya bubuh coklat bar yg dipotong2 ajer
Kukus selama 20minit dengan api yang sederhana.

Apam Rose


APAM ROSE

Bahan2 nya:
4 biji telo ayam
1 1/2 cwn gula
1 3/4 cwn tepung gandum
1sdk esen ros
1sdk ovellete
pewarna(ikut suka memasing)

Pukul gula,telo,ovellete hingga kembang
Masukkan tepung,esen ros dan pukul lagi hingga sebati
Bahagikan adunan kepada 3.
Bubuh adunan dalam loyang yang disapu dengan cikit minyak
Kukus selama 45minit dengan api yang sederhana.

Pizza Roti Gardenia


PIZZA ROTI GARDENIA


Bahan2 nya:(UNTUK INTI)
Daging kisar
1 ulas bawang besar dipotong dadu
1 biji cili benggala sederhana besar..saya bubuh cili wane kuning,dipotong dadu
nenas potong dadu..(saya guna nenas dlm tin ajer)
1sdk serbuk kari
1sdk serbuk cili

Tumis bawang besar hingga kuning
Kemudian masukkan daging,tumis hingga masak
Masukkan secukup rasa garam
Masukkan serbuk cili,serbuk kari
Kacau2,kedian masukkan cili dan nenas,kacau2 rata dlm 2minit.(angkat dan ketepikan dahulu)

Susunkan roti gardenia ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan marjerin
Curahkan susu cair,pastikan semua roti lembab
Ratakan separuh dari daging yang sudah siap dimasak tadi atas roti yang disusun
Lepas itu tabukan sosej yang dipotong2 nipis
Tabur serbuk cheese ke atas roti
Susun lapisan ke dua roti dalam loyang lagi
Ratakan daging atasnya,tabur soseh dan serbuk cheese
Kedian last sekali pukul telur 3bj dan curahkan atas adunan tadi
Bakar roti dalam suhu 180 selama 40minit.

Kek Nestum





Kek Nestum

250grm butter
1 1/2 cup gula
2 cup tepung gandum
4 biji telo ayam
1 cup susu cair
5sdb nestum..nak bubuh lebih pun x pe..
1sdk bakingggggg powder
1/2 sdk soda bikarbonat
serbuk coco

Putar butter,gula hingga kembang
Masukkan telo satu persatu dan putar lagi
Masukkan tepung,baking powder,soda bikarbonat,susu cair,nestum,dan putar hingga sebati
Bahagika dua bahagian adunan
Satu aduanan campurkan dengan serbuk coco,kacau2 sebati
Masuk dlm loyang yang sudah disapu dengan sedikit butter
Bubuh adunan seperti dlm pic mila,atau mengikut kepandaian memasing.
Bako pada suhu 180c,selama 45minit.

Wednesday, January 9, 2013

Kuih Lapis


hasil drp dapo Mila Kitchen..maka terhasillah KUIH LAPIS MUDAH..ambik resepi drp kenalan fb Puteri Manja..memang sodap..TQ yea akk puteri..

1 1/2 cwn tepung beras dikacau dengan 1 1/2 cwn santan cair(ketepikan dulu)
2 cwn gula pasir
3 1/2 cwn santan pekat

Kacau santan dan gula pasir diatas api yang slow sehingga gula larut,biarkan mendidih dan matikan api..sejukan
Apabila santan sejuk gaulkan dengan tepung tadi sehingga sebati
Bahagikan adunan kepada beberpa bahagian dan bubuh wane kesukaan memasing
Loyang disapu dengan cikit minyak,supaya senang adunan dh masak dikeluarkan drp loyang
Panaskan kukus dan kukus selapis2 adunan selama 7minit
Setiap adunan lapisan dibuat 3senduk
Lapisan terakhir dikukus selama 40minit
Angkat dan sejukkan
Pastikan pisau disapu dengan cikit minyak sebelum memotong nya.

Roti Manis


ALHAMDULLIAH..hasil drp dapo Mila Kitchen..hari nie..1st mencuba membuat nya..MENJADI,GEBUS..ROTI MANIS..nama asal nya ROTI NAIK PAHANG hehe..suka sangat..sodap cicah ngan KOPI O panas2..nyum3x..resepi ambik drp Tok Mak..TQ resepinya..

1 biji telo ayam
1sdb susu pekat manis
3/4 cawan gula
2sdk mauripan
2sdb marjerin
1sdk sOrtening
500gm tepung gandum
300ml air (air=susu manis+ telo)
1sdb susu tepung

Campurkan semua bahan kecuali marjerin,shoterning.
Uli sehingga agak2 sebati masukkan marjerin dan sortening.
Uli lagi sehingga nampak dia tak melekat dijari.
Biarkan sehingga naik..setalah naik tumbuk2 adunan buang angin.
Bahagikan doh pada 30gm bulat2kn.
Masukkan dalam loyang yang digriS dengan marjerin.
Biarkan naik sekali lagi.
Bako pada suhu 180c selama 25minit..

Sambal Tumis Tempoyak


tempoyak dlm satu cwn setgh..cili blender dlm 2senduk sederhana,air dlm setgh cwn,gula,garam secukupnya..serai dititik sahaja..tumis semua bahan2 kedian campur ngan ikan bilis..masak dengan api yg slow..campur garam gula secukupnya..dh agak2 mendidih,kering ckit padam api..

Butter Cake


sempat membaking lagi mlm2 nie..hehe..maka terhasil la BUTTER CAKE..drp dapoMila Kitchen..ya ampun memang gebus gebas..hehe..

1 cup butter 250grm
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
3 biji telo ayam
3sdb susu fresh milk
1sdt baking powder
1sdt soda bikarbonat
1sdb ovellet
chocalate rice..taruh seberapa bnyk pun x pe..

Putar butter,gula sampai putih.
Masukkan telo satu per satu dan putar lagi.
Masukkan tepung yang diayak bersama2 bahan penaik.
Masukkan ovellet dan susu dan putar sampai sebati.
Masukkan chocolate rice kacau2 sebati sahaja
Masukkan dalam loyang yang sudah disapukank dengan sedikit butter.
Bako dalam oven yang tekah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 160c selama 45minit.

Biskut Lapis Cheese


hasil masakan drp dapo Mila Kitchen,ptg semlm..1st mencuba membuat nya..terhasil la..BISKUT LAPIS CHEESE..nie la roper nya..

Bahan2 nya:
250grm cream cheese(jenama apa2 pun boleh)..mila guna jenis TANTURA
3/4 tin susu pekat manis
2 bungkus biskut cheese jenama julie's yg bulat2
nestum/ot/milo/horlicks (utk tabur disetiap lapisan cheese)

Cara2nya..

Putar cream cheese,susu pekat manis hingga sebati.
Susun biskut cheese dlm bekas yang dilapik dengan plastik.
Ratakan cheese atas biskut tadi.
Taburkan nestum/oat/milo.horlicks..ikut citarasa sendiri..(mila tabur nestum dengan milo ajer)
Ulang proses dengan menyusun biskut tadi dan sapu cheese sampai habis dengan setiap lapis ditabur nestum,milo.
Sejukkan dlm esbok semalaman bahagian atas.
Pastu boleh dipotong2.

Murtabak Tauhu


hasil tangan drp dapo Mila Kitchen,maka terhasil lah MURTABAK TAUHU..ala2 PIZZA pun ada..hehe.memang sodap..nyum3x

5 keping tauhu (potong enam)
150grm udg..dipotong2 kecil
100grm daging cincang
5 biji telo ayam
30grm tepung gandum
50grm kacang pis hijau dlm tin
2 bj ubi kentang dipotong2 dadu

Bahan2 Kisar..
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
setgh inci halia
1sdk lada putih
garam secukupnya

Goreng tauhu separuh masak,angkat dan toskan minyaknya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar tadi sampai naik bau.
Masukkan daging cincang,udang,kacang pis dan kentang
Gaul2 dlm 5-10minit dengan api yg sederhana sahaja
Masukkan tauhu,gaul2 lg dengan bahan tumisan td
Kedian masukkan dlm bekas 4 segi.
Bancuhan telo dengan tepung gandum,kedian tuang keatas tauhu tad.
Bakar pada suhu 180c selama 45minit.

Nasi Ayam Kukus


menu untuk tengahari nie,drp dapo Mila Kitchen..NASI AYAM KUKUS..nyum3x

Seekor ayam..(mila wat sebelah ayam,dibersih dan dipotong2)
Air mesti cukup
1sdt garam
2sdb serbuk pati ayam
2 inci halia - diketuk
sediakan periuk,letak air,garam dan halia,didihkan air masukkan ayam.masak anggaran 30-40minit,angkat dan toskan.
Setelah ajak sejuk ayam,lumurkan dengan sedikit sos tiram,kukus dlm pengukus selama 10minit bersama dengan hirisan2 carrot..(kalo x suka pun x pe)..
Dah siap kukus angkat dan letakkan ke tepi dahulu,bagi sejuk dan baru boleh dipotong2.

NASI:
3cwn beras
5 cwn air rebusan ayam,jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
2 ulas bwg puith ditumbuk.
1 inci halia ditumbuk.
Garam secukupnya.
1sdb minyak sapi
Beras dibersihkan
Panaskan minyak sapi,masukkan bahan2 tumbuk kemudian ditumis hingga bau wangi.Masukkan beras dan kacau2 sekejap dengan api yang sederhana dan tutup api.
Alihkan beras tadi ke dalam periuk eletrik,bubuh air rebusan ayam dan cikit garam,serta cikit pewana kuning.
Masak seperti biasa..

UNTUK KUAH SUP:
Air rebusan masih ada didihkan lagi sekali.
Letak cikit garam.
Hidangkan bersama hirisan daun sup,daun bawang,bwg gorg(ikut suka hati)..(mila x bubuh pun,sup kosong ajer..

SOS CILI:

6 biji cili merah
6 biji cili padi
2 ulas bwg putih
1 biji buah tomato
1/2 inci halia
1sdt garam
4sdb gula
1 cawan air masak
4sdt cuka masakan

Semua bahan dikisar hingga lumat
Sesuaikan rasanya dan boleh dihidangkan.

Kek Oreo


operasi ptg2 tadi di ruang dapo ku syurga ku,maka terhasil lah KEK OREO..mudah ajer..sangat2 gebus..nyum3x

1 cwn tepung gandum
1 sdt baking powder
2 biji telo ayam
1 cwn gula (mila wat 3/4 cwn ajer)
1/2 cwn marjerin pelangi
100g biskut oreo dikisar halus
1sdk esen vailla
125ml susu cair(panaskan sekejap)
2sdb susu pekat
1/4 cwn minyak masak

Pukul telo,marjerin dan gula sampai kembang
Masukkan bahan kering,gaul rata aje
Masukkan susu suam,susu pekat manis dan minyak
PukuL sebentar bagi rata
Tuang adunan ke dalam loyang yg disapu cikit dengan minyak
Pastu boleh hias dengan biskut oreo yang lebihan atas adunan(susunkn)
Kukus selama 40minit,dengan api yang sederhana sahaja.

Triffle Puding


menu ptg2 nie..drp dapo Mila Kitchen..TRIFFLE PUDING..pic PERMUKAAN triffle drp bawah,disaluti lapisan kek roll,tepung kastad,bua2han dan jelly perisa starawberry..sodap dimkn selepas dingin sejukkn dlm peti sejuk..nyum3x

1 gulung kek span..saya guna kek roll yg dlm pek2 2 ajer..
1 tin koktel kecil
1 gelas susu cair
2cwn air utk larutkn jelly
1sdk esen vanilla
3sdb tepung kastad
3sdb gula
1 kotak serbuk jelly

Potong kek kecil2 susun dlm bekas.
Tapis air buah koktel dan ambik cikit air buah itu jirus atas kek tadi,jangan banyak sangat nnti kek kembang.
isikan buah koktel atas kek tadi.
Untuk kastad (lapisan atas buah),campurkan tepung kastad,gula,susu,esen vanilla.Kacau sebati dan masak atas api sederhana,hingga berkilat,tutup api.
Curahkan kastad atas lapisan buah tadi.
Biarkan sejuk seketika.
Lapisan ke tiga,masukkan lebihan buah atas kastad.
Tuang 2 cawan air yang telah dipanaskan ke daam mangkuk jelly.Kacau hingga larut dan tuangkan ke atas lapisan terakhir tadi.
Sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk
Sedia dihidang bila sudah keras.

Mini Murtabak Popia


menu ptg nie..hujan2 layan MINI MURTABAK POPIA..drp dapo Mila Kitchen..

Kulit popia bersaiz beso

Bahan2 inti:
1 ulas bawang beso
2 bj bawang putih
1/2 inci halia
2sdke serbuk kari
4bj ubi kentang dipotong dadu
1stgh cwn daging cincang
garam,seckup rasa
air seckupnya

Tumis bwg merah,putih,halia,hingga kekuningan
Masukkan serbuk kari,kacau2 hingga naik bau
Kedian masukkan daging,ubi kentang bersama air seckupnya
Kacau2 hingga ubi kentang empuk dan air agak kekeringan
Bubuh garam seckupnya
Biarkan sejuk seketika
Bila sudah sejuk boleh diletakkan di atas tgh2 kulit popia dlm 2sdb.
Kedian lipat kulit popia.
Goreng diatas kuali leper dengan menggunakan minyak yg sedikit sahaja.
Balik2 km mcm memasak murtabak dikedai,
Sudah kekuningan angkat dan sedia dimkn.
Sedap dimkn bersama kuah kari,sos cili.

Ayam Masak Hijau


menu utk makan nasi mlm nie..terpanas drp dapo Mila Kitchen..AYAM MASAK HIJAU..slurppppppppp

Bahan2nya:
3/4 ekor ayam
1/2 sdk garam
1/2 sdk lada sulah
4 bj bwng merah*
2 ulas bwg putih*
1/2 inci halia*
3 bj cili hijau*
5-7 bj cili padi*
1/2 sdb serbuk ketumbar
1/2 sdk serbuk jintan manis
1/2 sdk serbuk jintan putih
1/2 cwn air
1 bj limau nipis
garam,gula seckupnya

Blender bahan2 yg bertanda * halus
Panaskan minyak dan gorg ayam yg diperap dng garam dan serbuk lada sulah hingga masak..perap dlm 20minit.
Tinggalkan 5 sudu minyak dan masukkan bahan2 yg diblender tadi.Tumis hingga garing dan masuk serbuk ketumbar,serbuk jintan manis dan jintan putih.
Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 cwn air.
Biarkan minyak pecah dan masukkan garam,gula.
Masukkan ayam yg digoreng td.
Kacau2 sebati dlm 10minit
Perahkn limau nipis.
Kacau2 dan angkat sedia di hidangkan.
 

Sausage Roll


Sausage Roll drpd dapur Mila Kitchen

12 ketul sosej
3sd mkn sos cili
3sd mkn soso tomato
1/2 sdt garam
2 sdt gula
2 bj telo-dikacau dgn garpu
12 kepi roti gardenia
minyak masak

Didihkan air dlm periluk.Bila dah didih,masukkan sosej dan biarkan mendidi sekali lagi.
Bila nampak sosej dah kembang angkat.
Panaskan 2sd minyak dalam kuali.Tumis sos cili dan sos tomato.masukkan garam dan gula.sentiasa kacau hingga likat.Masukkan sosej dan gaul hingga sos menyaluti sosej.
Gelek roti hingga nipis.
Gulung sosej dengan roti yg digelek tadi satu persatu hingga habis.
Panaskan minyak.
Golekkan roti kedalam telo dan gorg hingga kekuningan.