Search This Blog

Friday, February 15, 2013

AYAM MASAK LEMAK CILI API,SAMBAL BELACAN,TUMIS PERIA


AYAM MASAK LEMAK CILI API,SAMBAL BELACAN,TUMIS PERIA


AYAM MASAK LEMAK CILI API..(versi drp mak dikg)

AYAM SEBELAH DI POTONG2 & DICUCI BERSIH
1 ULAS BAWANG MERAH (BESAR)..DIBELAH EMPAT
5@6 BIJI CILI API (KALO NAK TARUH LEBIH CILI PUN BOLEH,IKUT SELERA MEMASING NAK PEDAS ATAU KURANG PEDAS)
2 BIJI UBI KENTANG DI KUPAS KULIT & DIBELAH EMPAT
2 KEPING ASAM KEPING
GARAM,SECUKUP RASA
SANTAN(SAYA GUNA SANTAN KOTAK)
SEHELAI DAUN KUNYIT
2SDB KERISIK
3 CAWAN AIR
SEDIKIT SERBUK KUNYIT UTK BAGI WANE PADA KUAH

CARA2NYA:
TUMBUK CILI API HINGGA LUMAT,KEDIAN MASUKKAN BAWANG MERAH DAN TUMBUK SEPARUH LUMAT
KEDIAN MASUKKAN BAHAN TUMBUK DALAM PERIUK BERSAMA SANTAN,AIR,SERBUK KUNYIT.DIDIHKAN
SELEPAS ITU MASUKAN UBI KENTANG DAN DAUN KUNYIT
AGAK2 KUAH DAH MENDIDIH CKIT,MASUKKAN AYAM,ASAM KEPING
KACAU2 ADUNAN,MASUKKAN GARAM,PERASAKAN SECKUP RASA
BILA DAH MENIDIDIH DAN UBI KENTANG EMPUK PADAMKN API
MASAK ATAS API YANG SEDERHANA BESAR DAN KENA KACAU2 SELALU ADUNAN SUPAYA SANTAN TAK MUDAH PECAH NANTI

SAMBAL BELACAN:

6BIJI CILI PADI
SETGH INCI BELACAN
IKAN BILIS
ASAM LIMAU
GULA

CARANYA:
TUMBUK CILI,BELACAN HINGGA LUMAT
KEMUDIAN MASUKKAN IKAN BILIS DAN TUMBUK LAGI SEPARUH LUMAT
AMBIK ASAM LIMAU KASTURI,PERAH AIR NYA CAMPUR KE DALAM SAMBAL DAN CAMPUR DENGAN SEDKIT GULA,GAUL2
KEDIAN BOLEH DI NIKMATI

TUMIS PERIA:
1 ULAS BAWANG MERAH (BESAR),DI HIRIS2
SAYUR PERIA DIBELAH DAN DICUCI
1SDB CILI KISAR
GARAM,GULA SECKUPNYA

CARANYA:
TUMIS BAWANG MERAH HINGGA KEKUNINGAN
KEMUDIAN MASUKKAN CILI KISAR TUMIS HINGGA NAIK MINYAK
MASUKKAN SAYUR PERIA,GARAM,GULA SEDIKIT
PERASAKAN..GAUL2 RATA TUTUP API..SIAP

KALO NK HILANGKAN RASA PAHIT PERIA,SEBELUM MEMASAK PERIA,POTONG2 PERIA DAN RENDAM DENGAN AIR GARAM DALAM SEJAM.

Puding Kastad Jagung


PUDING KASTAD JAGUNG

BAHAN2NYA:

1 1/2 cawan tepung kastard
5 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1tin kecil jagung

Campurkan tepung kastard dan air,gaul sebati
Kemudian masukkan semua bahan2 lain dan kacau2 atas api yg kecil,hingga likat dan berkilat
Kemudian masukkan dalam acuan loyang
Sejukkan baru boleh dipotong2..

Rainbow Fruit Puding


RAINBOW FRUIT PUDING

BAHAN2NYA:
60grm agar
4cwn air
6keping roti dicarik
125mlm susu pekat(saya bubuh 120ml ajer)
310ml susu cair
2biji telo ayam
240grm gula(saya bubuh 200grm ajer)
Beberapa jenis wane dan rasa
MERAH -STAWBERRY
HIJAU -KELAPA
KUNING -DURIAN
PURPLE -ANGGUR
PUTIH -LAICI
BIRU -PISANG

Masak agar hingga hancur dan masukkan gula
Kisar roti bersama susu pekat,susu cair dan telo
Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam adunan agar2 tadi
Bahagiakan adunan kpd 6 bahagian dan buh wane,perisa,kacau2 hingga sebati wane nya
Tuang selapis demis selapis(selesao adunan agak mengeras baru tuag lapisan seterusnya)
Sejuk kn dalam peti sejuk dan boleh dipotong2 dan dinikmati..

P/S:BASAHKAN LOYANG SEBELUM MENUANGKAN ADUNAN SUPAYA ADUNAN SENANG DIKELUARKAN DRP LOYANG NNTI..



Puding Oreo


PUDING OREO

BAHAN2 NYA:
10grm agar2..(direndam terlebih dahulu)
2 cwn susu pekat..(kalo nk taruh lebih pun boleh,tp ikut sukatan nie dh ok,x manis sangat,manis2 buah sahaja
Biskut oreo 8keping..(dikisar halus bersama2 inti dlmnya)
4 cawan air

Blender biskut oreo dan ketepikan dahulu
Masakkan agar2 hingga larut
Kemudian masukkan susu pekat kacau2 hingga mendidih,tutup api
Ambik adunan agar2 dalam dua senduk dan bubuh dalam biskut oreo yg dikisar tadi
Kacau2 hingga sebati
Masukkan adunan oreo dahulu dalam acuan kesukaan anda
Lepas itu masukkan adunan susu tadi
Tunggu puding sejuk diingin dalam peti sejuk baru sedap dimakan.

Japanese Cheese Cake


JAPANESE CHEESE CAKE

BAHAN2 NYA
7 keping cheese
200ml susu cair
4bj telo
75grm tepung naik sendiri
75grm butter
100grm gula halus
1/2 sdt cream of tartar

Koyak2 cheese campur dengan susu masak dengan api perlahan kacau2
Masukkan butter dah cair tutup api dan sejukkan
Asing putih telo dalam bekas lain
Pukul putih telo bersama gula,cream of tatar sehingga kembang
Kedian pukul kuning telo dlm bekas lain sehingga kembang dan masukkan adunan cheese tapiskan terlebih dahulu
Masukkan tepung sedikit2,kacau perlahan sehingga sebati
Lapikkan loyang dan sapukan dengan sedikit butter
Letakkan loyang dalam bekas berisi air panas
Panaskan oven terlebih dahulu dalam suhu 170c
Bakar kek selama 1jam 30minit ikut kepanasan oven memasing

Kek Span Coklat


KEK SPAN COKLAT 

BAHAN2 NYA:
5 biji telur ayam(saya guna telur gred A)
125grm gula kastor
1sdk esen vanilla
2sdk ovellete
100grm tepung gandum
20grm serbuk coco
1sdk baking powder
40ml air masak
70grm mentega dicairkan dan disejukkn seketika

Panaskan oven pada suhu 170c
Campurkan ke semua bahan2 kecuali mentega
Putar hingga kembang,gebu naik 2 kali ganda adunannya,anggaran dalam 10minit terus memutar
Masukkan mentega cair dan kaup balik hingga rata
Tuangkan ke dalam loyang 8inci yang telah disapu sedikit dengan mentega
Bakar pada suhu 170c selama 35minit


Cucur Maggi



CUCUR MAGGI

BAHAN2 NYA:

1 paket mee maggi kari
4 bj bawang merah ditumbuk(saya buat 2 bj ajer)
2 tangkai daun bawang(saya bubuh daun sup,sbb stok daun bawang x de di umh)
100grm daging cincang
3biji telo ayam
100grm tepung jagung
garam sedikit
minyak secukupnya utk menggoreng

Rebus mee maggi dan toskan
Masukkan ke dalam bekas bersama telo,daging kisar,daun sup dan bawang
Kedian masukkan tepung jagung dan perencah maggi,garam sedikit
Gaul sebati adunan
Panaskan minyak dan bentukkan adunan utk menggorengnya
Goreng hingga kekuningan
Sedap di mkn bersama sos cili atau sos thai.

Butter Cheese Cake



BUTTER CHEESE CAKE

BAHAN2NYA..

150grm butter
200grm cream cheese tatura
200grm gula halus
4 biji telo ayam gred A
250grm tepung gandum
50grm susu tepung
100ml susu cair
1skfc baking powder
1/2skfc soda bikarbonat
1skfc esen vanilla

Putar gula,butter,cheese sehinga kembang
Masukan telo satu persatu dan putar lagi
Masukkan tepung,susu tepung,baking powder,soda bikarbonat,esen vanilla dan putar
Masukkan susu cair dan putar sebati
Memang adunan likat
Masukkan dlm loyang yg telah disapu dengan marjerin 7 taburkan sedikit tepung gandium..supaya adunan bila dh masak senang kuar dan x melekat pada loyang
Bako pada suhu 150c selama 45minit
Biar sejuk dulu baru dikeluarkan drp loyang
Boleh bubuh filling blueberry,strrawberry atas kek tadi,kerna adunan kek nie tidak terlalu manis.

Kek Masam Manis


KEK MASAM MANIS HAWFLAKES

BAHAN2 NYA

2cwn tepung gandum
1setgh sudu teh soda bikarbonat
1 cwn marjerin
1 cwn gula pasir
5biji telo ayam gred A
1sdt esen vanilla
gula asam hawflakes yg dikisar

Pukul telo,gula hingga kembang
Masukan marjerin,esen vanilla dan pukul lagi
Masukan tepung,soda bikarbonat yg telah diayak terlebih dahulu ke dlm adunan dan gaul2 sebati ajer
Kedian masukkan serbuk asam hawflakes tadi dan kacau2 rata
Kedian gris loyang dengan marjerin
Tuang adunan ke dlm loyang
Tabur lebihana serbuk hawflakes tadi diiatas adunan kek
Kukus adunan selama 40minit dengan api yang sederhana sahaja.



Kek Lapis Oreo Cheese


KEK LAPIS OREO CHEESE

BAHAN2 NYA
1 cwn tepung gandum
1sdt baking powder
2 bj telo 1 cwn gula
1/2 cwn mentega marjerin
100 grm oreo kisar
esen vanilla
125grm susu cair(panaskan sekejap)
2sdb susu pekat
1/4 minyak masak

BAHAN CHEESE
250grm cheese tantura
1bj telo
60grm gula
50ml air

Cara buat kek:

Pukul telo dan mentega gula sampai kembang
Masukkan bahan2 kering,gaul rata ajer
Masukkan susu suam,susu pekat manis,minyak,pukul bagi rata
Pastu oleh gris loyang dengan ckit minyak,tuang adunan separuh adunan ke dlm loyang.Kukus selama 15minit
Kedian tuan lak adunan cheese tadi dibahagian no 2..kukus selama 15minit lagi
Last kukus adunan kek yg tinggal lagi separuh tadi..atas nya leh susun biskut2 oreo..kukus selama 25minit..dh siap padam api..

Cara2 buat Cheese:
Masukn semua bahan2,putar bagi sebati semuanya.

Ice Cream Whipping Cream


ICE CREAM WHIPPING CREAM 

BAHAN2 NYA

Whipping cream
1/2 cwn serbuk coco*
1/2 cwn susu pekat manis*
2sdb minyak masak*
2sdb susu cair*
biskut oreo di kisar
coco rice

Putar whipping cream hingga kental
Masukn bahan yg bertanda * dalam perikuk dan masak secara doubleboil hingga larut
Bubuh adunan coco masakan td dlm bekas
Kemuidian bubuh lak whipping cream tadi
Tabur biskut oreo yg sudah dikisar bersama coco rice
Kudian bubuh whipping lg
Last bubuh biskut oreo dan coco rice
Sejuk beku di dlm peti sejuk baru boleh dimkn.

Apam Jagung Coklat


APAM JAGUNG COKLAT

250grm tepung gandum
4bj telo ayam
200grm gula
100ml susu cair
150grm santan
1sdk ovellate
150grm jagung dalam tin

Blender susu,jagung hingga hancur..ketepikan dulu
Pukul telo,gula,ovellet hingga kembang
Masukkan tepung berselang seli ngan susu dan campuran jagung & santan
Masukkan adunan dalam papercup
Letak tgh2 nya inti..saya bubuh coklat bar yg dipotong2 ajer
Kukus selama 20minit dengan api yang sederhana.

Apam Rose


APAM ROSE

Bahan2 nya:
4 biji telo ayam
1 1/2 cwn gula
1 3/4 cwn tepung gandum
1sdk esen ros
1sdk ovellete
pewarna(ikut suka memasing)

Pukul gula,telo,ovellete hingga kembang
Masukkan tepung,esen ros dan pukul lagi hingga sebati
Bahagikan adunan kepada 3.
Bubuh adunan dalam loyang yang disapu dengan cikit minyak
Kukus selama 45minit dengan api yang sederhana.

Pizza Roti Gardenia


PIZZA ROTI GARDENIA


Bahan2 nya:(UNTUK INTI)
Daging kisar
1 ulas bawang besar dipotong dadu
1 biji cili benggala sederhana besar..saya bubuh cili wane kuning,dipotong dadu
nenas potong dadu..(saya guna nenas dlm tin ajer)
1sdk serbuk kari
1sdk serbuk cili

Tumis bawang besar hingga kuning
Kemudian masukkan daging,tumis hingga masak
Masukkan secukup rasa garam
Masukkan serbuk cili,serbuk kari
Kacau2,kedian masukkan cili dan nenas,kacau2 rata dlm 2minit.(angkat dan ketepikan dahulu)

Susunkan roti gardenia ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan marjerin
Curahkan susu cair,pastikan semua roti lembab
Ratakan separuh dari daging yang sudah siap dimasak tadi atas roti yang disusun
Lepas itu tabukan sosej yang dipotong2 nipis
Tabur serbuk cheese ke atas roti
Susun lapisan ke dua roti dalam loyang lagi
Ratakan daging atasnya,tabur soseh dan serbuk cheese
Kedian last sekali pukul telur 3bj dan curahkan atas adunan tadi
Bakar roti dalam suhu 180 selama 40minit.

Kek Nestum





Kek Nestum

250grm butter
1 1/2 cup gula
2 cup tepung gandum
4 biji telo ayam
1 cup susu cair
5sdb nestum..nak bubuh lebih pun x pe..
1sdk bakingggggg powder
1/2 sdk soda bikarbonat
serbuk coco

Putar butter,gula hingga kembang
Masukkan telo satu persatu dan putar lagi
Masukkan tepung,baking powder,soda bikarbonat,susu cair,nestum,dan putar hingga sebati
Bahagika dua bahagian adunan
Satu aduanan campurkan dengan serbuk coco,kacau2 sebati
Masuk dlm loyang yang sudah disapu dengan sedikit butter
Bubuh adunan seperti dlm pic mila,atau mengikut kepandaian memasing.
Bako pada suhu 180c,selama 45minit.