Search This Blog

Friday, October 19, 2012

PUDING MANGGO SUSU


nie ler roper PUDING MANGGO SUSU teman,utk menu ptg nie..tp x sampai ptg udah nk abis..heheheh..

10grm agar2 tali..rendam seketika
4 cwn air
suku cwn perisa manggo
satu cawan susu pekat

Masakkan agar dengan air hingga hancur
Kemudian masukkan perisa manggo,kacau2
Masukkan susu pekat,kacau2
Bila agar2 dah mendidih padam api
Masukkan agar2 dlm acuan kegemaran anda
Tunggu hingga keras,dan baru boleh dikeluarkan drp acuan.


APAM CHIP COCA COLA


semlm dok belek2 laman blog kengkawan..mila terpandang & berkenaan ngan satu resepi nie..resepinya APAM lg..♥..kali nie mila buat APAM CHIP COCA COLA..sedap & menjd ajer..mekar2 ajer..hati pun tersenyum riang..♥

2 bj telur
1/4 sudu garam
1 cwn gula pasir
3/4 cwn gula perang
1/2 sudu mkn ovellate
4 cwn tepung gandum*
suku cawan susu tepung*
1/2 sudu teh baking powder*
225ml air coca cola
50gm coklat chip

Bahan2 yang bertanda * hendaklah diayak terlebih dahulu.
Pukul telo,garam,gula pasir,gula perang,ovellete sehingga kaku,dalam 10minit.
Masukkan bahan2 yang sudah diayak tadi berselang seli dengan air coca cola.
Masukkan chip dan kacau rata guna spatula.
Masukan adunan ke dlm acuan.
Sediaknm kukus,buka api paling kuat,biarkn dulu air kukusan mendidih.
Kukus adunan selama 15minit.


KEK PISANG KUKUS


KEK PISANG KUKUS ku..udah siap masak..siap dipotong2..udah ngap2 pun..♥

2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1/2 cwn minyak masak
4 biji pisang berangan
2 biji telur ayam
1sdt esen vanilla
1sdt soda bikarbonat
1sdt baking powder

Ayak bahan2 tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder bersama2.ketepikan dulu..
Blender telur gula hingga kembang
Masukkan pisang,esen vanilla dan blend lagi
Masukkn bahan2 yg sudah diayak td dan gaul sebati
Last masukkan minyak dan gaul2 sehingga sebati lagi
Gris loyang dengan sedikit marjerin
Masukkan adunan ke dalam loyang
Kukus selama 40minit,dengan api yang sederhana..

RESEPI NIE SAYA CAMPUR SEDIKIT NGAN SERBUK COCO.


KEK MINI AMBON


tadaaaaaaaaaa..nie ler dia menu ptg drp dapo Mila Kitchen..KEK MINI AMBON,sekali pandang macam apam kn kn..hehe..resepi drp kenalan fb..sungguh2 simple,yg penting gebus..ALHAMDULLIAH,1st mencuba menjd..hikhik..

1 cwn gula
3 biji telur gred A
1sdb ovellte
sedikit perisa strawberry
1 cwn tepung gandum
sedikit pewarna merah

Pukul telur,gula hingga kembang dan gebus
Masukkan perisa strawberry,ovellete,pukul lagi
Masukkan tepung gandum dan pukul hingga sebati
Sediakn acuan dan masukkn papercup dlm acuan
Bubuh adunan ke dlm nya
Kukus selama 20minit dgn api yang sederhana.


AYAM GORENG BEREMPAH


menu tghari td..AYAM GORENG BEREMPAH..

MUFFIN COKLAT


ALHAMDULLIAH..siap sudah MUFFIN COKLAT utk jualan esok..bersama Salina Mohd Dallil

BAHAN A
2cwn tepung gandum
2 sd mkn serbuk coco
1 sd teh soda bikarbonat
1 sd teh baking powder
1/2 sd teh garam

BAHAN B:
1 cwn pisang emas(dilecek)
1 cwn minyak masak
1 cwn gula perang
2 bj telo (dipukul sedikit dgn garpu)

Ayak BAHAN A ke dalam mangkuk
Masukkan BAHAN B kacau rata
Maukkan adunan ke dlm acuan/papercup.
Kukus selama 20minit.


KEK KUKUS COKLAT MOIST


nie la KEK KUKUS COKLAT MOIST..udah siap...drp dapo ku syurga ku..

2 cwn gula kastor
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko..saya buat setgh cawan aje
1 cwn minyak masak jagung
1 cwn susu cair
3 bj telur gred B
2 sudi teh soda bikarobonat
1 sudu teh esen vanilla
1 cwn air panas.

Panaskan pengukus.
Campurkan semua bahan kecuali air panas,putar dengan mixer hingga sebati...bila dah sebati masukkan air panas dan putar lagi.
Bila bahan diputar sebati masukkan dlm acuan yg digris dengan minyak yg ditaburkan dgn sedikit tepung gandum.
Boleh dikukus selama 45minit dengan api yg sederhana.

Topping moist:

2 sudu makan serbuk coco
1 cwn susu pekat
2 sudu makan marjerin.
Masukkan bahan2 td dlm periuk dan cair kn diatas dapo dengan api yg sederhana.
Bila dah nampak likat dan berkilat,padamkn api.
Tunggu suam2 boleh la di tuang ke atas kek td.


APAM DEWA


tadaaaaaaaa..nie hasil godek2 didapo ku syurgaku..APAM DEWA..1st mencuba..ALHAMDULLIAH..tak mengecewakan..tp wane bila dh potong x brp ok..yg penting jd & gebus..hehe...resepi drp kwn fb Lieza Idris.

6 biji telur ayam
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
2 sudu oren sunquik

Pukul telur gula hingga kembang dan putih.
Masukkan sunquik kacau rata.
Kedian masukkan tepung kaup dan balik2kn adunan.
Bahagikn kpd 3 bahagian..ikut wane kegemaran.
Bubuh selapis2 adunan,hingga habis.
Sudah siap lorekkn dr tepi ke tgh dengan lidi utk mendpt corak bunga seperti dlm pic.
Kukus selama 45 minit.


KEK KUKUS LAPIS


ALHAMDULLIAH..1st mencuba membuat nya menjadi..walo nampak agak comot ckit..tp hasil nya tetap TERSENYUM sorg2..nie la KEK KUKUS LAPIS..wane mcm pelangi..heheheh..(utk kelas memasak hari nie drp dapo Mila Kitchen..

250 gr butter
1 1/2 cwn gula kastor
5 bj telo
3 cwn tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
1 1/2 cwn susu segar atau susu cair
2 sudu kecil esen vanilla
sedkit pewarna merah,hijau,kuning,biru,unggu & oren.

Pukul butter,gula dgn kelajuan sederhana hingga sebati,kembang.
Perlahankan kelajuan & masukkan telur sebiji sebiji dan pukul.
Masukkan tepung bersama2 baking powder yg telah diayak sedikit2 sambil dipukul dan masukkan susu,esen vanilla,gaul rata.
Bahagiakn adunan kpd 6 bahagian.
Gris loyang dengan sedikit mentega.
Kukus setiap adunan selapis2 selama 10-15minit.
Last lapisan iaitu lapisan cheese kukus dlm anggaran 20minit.

Freash cream secukupnya:
Filling cream cheese 1cwn & butter 1/2cwn..pukul hingga sebati..Boleh campur perisa digemari..macam saya nie campur perisa durian.


KEK PELANGI PETANG


tadaaaaaaaaaa..nie dia hasil godek2 ku di dapo ku syurga ku..maka terhasil lah KEK PELANGI PETANG..hehehe..resepi drp member fb Shah Hirman Wahieys..TQ dik..memang gebus la..tp wane agak lain ckit kn kn..muahahaha

2 cwn tepung gandum
1st serbuk penaik
1cwn marjerin
1 cwn gula
4 bj telur saiz sederhana
1st esen vanilla
suku cawan minyak masak
pewarna..ikut wane kegemaran anda..saya buh oren,merah,hijau..

Pukul gula,telur hingga kembang.
Masuk majerin,esen vanilla dan pukul lagi.
Masuk pula tepung,serbuk penaik dan pukul sebati.
Last masukkn minyak masak dan gaul sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian.
Sapukan loyang dengan sedikit marjerin.
Letakkan 1 sudu..1 sudu adunan bertindih hingga habis.
Kukus selama 40 minit.


APAM AISKRIM


tadaaaaaaaaaaaaaaaa..nie la roper hasil masakan dr tangan ku ptg td di dapo ku syurga ku..dibantu oleh suami tercinta..APAM AISKRIM..resepi drp kwn fb Jurainie Erin..TQ Ju..memang mantap..muahahaha..ALHAMDULLIAH 1st wat menjadi.

APAM KUKUS


nie la roper APAM KUKUS drp dapo ku,utk menu ptg nie..kaler x brp menarik..tp puas hati sbb kegebuaan & kesedapan nya tetap ada..muahahaha..

KEK ICE CREAM SODA


nie la dia KEK ICE CREAM SODA drp dapo Mila Kitchen..bersama Nora Mustafa..

3cawan tepung gandum
4 biji telur
1 1/2 cwn gula pasir
1 cwn ice cream soda
1 sudu teh esen strawberry
pewarna
1 sudu teh ovellete
Pukul telur,gula,ovellete hinga kembang.
Masukkan tepung dan kacau sebati.
Masukkan ice cream soda dan esen strawberry,kacau sebati.
Bahagian adunan kpd 2,buh wane2 kesukaan sendiri.
Letak adunan berselang seli.
Kukus dalam loyang yg disapu sedikit dgn minyak selama 40 minit atau sehingga masak.
Balut penutup pengukus dengan kain supaya air wap x menitik masuk ke dlm kek.


APAM MEKAR SETAMAN


tadaaaaaaaaaaaaaaaa..nie la dia APAM MEKAR SETAMAN Mila Kitchen..operasi tghari td..cantik x?hehehehe..
250 grm tepung gandum
2 bj telur
1 cawan air ais cream soda
1 1/2 cwn gula
1 sudu teh ovellete
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna..ikut pilihan sendiri

Pukul telur,gula dan ovellete hingga kembang,gebu.
Kedian masukkn esen vanilla.
Masukkan tepung berselang seli dengan air ais cream soda.
Bahagikan 2 bahagian,utk membubuh wane pihan anda.
Kedian masukkn dalam paper cup.
Kukus selama 15 minit.