Search This Blog

Tuesday, July 17, 2012

GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN


nie ler GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN Mila Zamilah..walo agak kekurangan tempoyak nya..bau nye tetap menawan 1 umh..hikhik

4 ketul ikan patin yg sudah dipotong2 dan dicuci
2 ulas bawang beso
6 biji cili padi
sedikit garam
2 batang serai (diketuk2 sahaja)
tumbuk semua bahan2 diats hingga lumat

serbuk kunyit sedikit
1 cawan tempoyak
2 keping asam keping
Masukkan ke semua bahan2 yg di tumbuk tadi ke dlm periuk,bersama sedikit serbuk kunyit,tempoyak,Kacau2 hingga sebati.
Selepas itu masukkn ikan,bersama asam keping,serai..kacau2..setelah agak mendidih padam api..Kalo nk tambah garam pun boleh,ikut citarasa masing2 la yea.

AISKRIM PERISA STRAWBERRY+COKLAT CHIP+COCO RICE


tadaaaaa..nie lah AISKRIM PERISA STRAWBERRY+COKLAT CHIP+COCO RICE..tgh mlm semlm Mila Zamilah wat..memang sedap..berbaloi2 kita wat sendiri..yum..yum..bersama Syarifah Nurziela AL-Yahya

1/2 tin susu pekat
1 tin susu air masak
1 bj telur
1 sudu besar ovellet
1 sudu besar perisa straberry(nk perisa lain pun boleh ikut citarasa sendiri)
Coklat chip,coco rice..

Pukul semua bahan tadi sampai kembang dan likat
Kemudian bubuh dalam bekas,simpan dalam peti sejuk selama 1 hari.
Agak2 aiskrim dah separuh keras,boleh taburkan coco rice,coklat chip di atas nya

SUP TELUR KNOOR


tadaaaaaaa..salah satu menu utk tghari nie..SUP TELUR KNOOR..terhangat drp dapo ku syurga ku..Mila Zamilah..

2 sudu teh minyak
3 ulas bwg putih(hiris nipis2)
1.5 liter air
1 kuib ayam Knoor
1sudu teh serbuk lada putih
2 bji kentang(potong dadu)
1batang lobak merah(potong dadu)
4-5 biji telur ayam

Panaskan minyak.Tumiskan bwg putiih sehingga perang keemasan.Masukkan air,kuib knoor,lada putih,kentang dan lobak merah.Biarkan sehingga mendidih di atas api sederhana selama 10-15minit atau sehingga sayur empuk.
Pecahkan telur ke dalam sup.jangan kacau supaya telur tidak pecah.Perlahan kan api selama 10minit atau telur telah masak..tutup api.

KEK KEJU BERLAPIS KUKUS


nie la hasil godek2 waktu pg2 td..rope nya diubah suai drp recepi asal.yg penting sedap & mendpt pujian drp suami lg..heheh..mak su(Zue Yana)..ok x mcm nie rope kek keju nya..adak wat kn nnti..Shanim Shajlo..mai dtg umh akk..ari nie akk wat kek keju..yum..yum

250g butter
1/2 cwn serbuk koko
3biji telur
1 1/2 cwn gula kastor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu esen vanilla
LAPISAN KEJU:
250g cream cheese
60g gula
1 biji telur 
25ml air

Cairkan butter,serbuk koko dan kacau2.
Dalam mangkuk lain pukul telur,gula,esen vanilla(guna wisk saja)sampai sebati.
Campurkan dengan bancuhan butter tadi.
Masukkan susu cair dan kacau lagi.
Masukkan tepung,baking powder,soda bikarbonat.
BANCUHAN CHEESE/KEJU:
Campurkan semua bahan kecuali telur.
Pukul sampai kembang dan masukkan telur.
Pukul lagi sehingga rata.
CARA LAPISAN:
Kukus adunan koko sama banyak(4 lapisan berselang seli ngan lapisan cheese).Setiap lapisan harus dikukus dlm 15minit..hingga lapisan yang terakhir kukus dalam 25minit atau sehingga masak.

BLENDED ORANGE SUNKIST CAKE


nie la hasil ku godek2 kat dapo ptg td..BLENDED ORANGE SUNKIST CAKE..yum..yum..

1 biji oren sunkist
1 cwn minyak
secubit garam
1 cwn gula pasir
3 biji telur gred A
2 cwn tepung gandum
1 sudu besar baking powder
sedikit esen vanilla

Cuci buah limau,potong dan buang biji,urat putih pada tgh2,potong kecil2.
Masukkan ke dalam blender bersama minyak,gula,telur.Kisar hingga halus
Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedkikit demi sedikit dan kacau2 sebati.Bakar selama 1 jam atau sehingga masak,atau mengikut tahap kepanasan oven anda..pd suhu 160c

Roti Sosej Bersalut Tepung


Menu pagi ni. Roti Sosej Bersalut Tepung..simple..tp tetap berkhasiat..heheh..ALHAMDULLIAH

7 keping roti gardenia
7 batang soseh yg sudah digorg
2 senduk tepung gandum
1 sudu teh garam

Bancuh tepung bersama2 air dengan kadar yang cair,campur skali garam..Gaul2 sampai sebati.
Kemudian celupkan roti dlm tepung.
Goreng roti hingga kekuningan.
Angkat dan toskan.
Kemudian bubuh soseh ditgh2 roti td dan gulung kemas2.
Sedap dimkn dengan soso+moyonis.

AYAM HITAM KISMIS


nie la dia rope AYAM HITAM KISMIS..sedap tau, mkn bersama nasi minyak,nasi jagung..x caya try nnti tag recepinya skali di sini..bersama Ars Lyza

500gm ayam dipotong 6bahagian
200gm kerisik
80gm kismis
20gm bunga lawang
20gm kulit kayu manis
10gm bunga cengkih
5ulas bawang merah
2ulas bawang putih 1sm halia(bwg dan halia dikisar)
2 sudu besar kicap pekat
1 liter air
minyak utk menumis
garam,gula seckupnya.

Ayam digoreng separuh masak.Angkat.
Tumiskan bahan2 yang telah dikisar halus,bunga lawang,kulit kayu manis,dan bunga cengkih sehingga naik baunya,kacau rata.
Masukkan kerisik,kismis dan air.
Masukkan ayam,kicap,Masak hingga pekat dan sebati serta ayam masak elok.
Masukkan garam,gula secukupnya

KEK COCO LEMBAB KUKUS MOIST


jeng..jeng..nie la dia menu ptg Mila Zamilah,hari nie..1st mencuba ALHAMDULLIAH menjd..resepi ambik drp internet..KEK COCO LEMBAB KUKUS MOIST..dlm resepi guna papercup kecik2,tp mila guna nie papercup yg agak beso ckit,kedian ditabur ngan bintang2 bertaburan..hikhik..

1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn serbuk coco
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
(semua bahan2 diayak dan letak dlm 1 bekas)
1 cwn gula
2 biji telur
1 cwn susu cair
1 cwn butter
Cairkan butter dalam periuk kecil
Tutup api dan masukkan susu cair tadi.Biarkan sejuk seketika
Pukul telur dan gula hingga hancur dan kembang dengan menggnuakan mixer
Masukkan tepung serbuk coco baking powder soda bikarbonat ke dalam bekas telur tadi
Kemudian tuang susu,butter yang cair tadi,gaul sehingga sebati
Masukkan dalam papercup
Kukus selama 15-20minit dengan api yang sederhana

Untuk hiasan saya gunakan coklat masakan yang dicairkan dengan sedikit marjerin,taburkan coklat rice atau manik2 gula..macam mila tabur bintang2.

KUIH KASUI COKLAT


nie la menu Mila Zamilah ptg nie KUIH KASUI COKLAT..resepi drp akk Reen Khan Shariff..TQ akk..sedap lorr..hehe

6 cawan air
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan gula pasir
1 sudu besar kicap manis)kicap kipas udang merah)
2 sudu besar serbuk coklat

Masukkan semua bahan ke dalam blender
Blender halus
Kedian tapiskan
Panasakan pengukus
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.